Sunday, August 7, 2011

Ikan kolam

The best nk mancing kolam ne is to study teknik camne org yg dpt ikan mancing situ or ask owner or reliable guests.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Pasir Hor,Kota Bharu,Malaysia

Kolam Otai n Ok

Mudah je nk pergi, exit tol sungai petani utara, pastu terus je dlm 5-10 minit , cari kpg penghulu him dlm google maps :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Sg Petani.

Kolam Sg Danga

ahad, selasa n jumaat kolam b dibuka, ikan 1.5 kg ke atas rasanya.

Hari lain kolam a bukak, ikan campur2.

Nmpk efektif guna pelampung then bottom.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Kpg Melayu, JB

Monday, September 28, 2009

Memancing Di Kolam Sealion 1 Di Minggu Raya


then jumaat drive ke kl.. beraya kat sana.. sabtu beraya... ahad pagi nak balik ke kelate.. tp disbbkan tarikan kolam sealion sungguh kuat... kita plan nak pi beraya sana gak.. bangun kul 4 pagi... mandi2..siap2... kul 5 bertolak ke kolam sealion klang drpd putra height.. masuk kat highway plus.. tgh drive.. nmpk ada satu eksiden.. staf plus dah ade.. kete dlm longkang... then nmpk seorg india n seorg cina bertatu x pakai baju tgh nak bertumbuk.. india tu tumbuk cina tu.. cina tu cuba tahan dgn tgn dia.. pelik gak depa ne sama kete ke lain kete.. malas la nak berenti lagipun staf plus dah ade.. terus ke kolam sealion... sampai sana dlm 5.36.. tunggu subuh jap.. 5.46.. solat subuh berjemaah dgn 2 org lagi pemancing kt situ... kt kolam mmg dah ade org yg drpd midnite shift... kolam no 1 tu buka 24 jam hr ahad... 5.59 check in kat kaunter.. terus mancing guna umpan udang.. n guna pelampung , dalam sekitar 7.20am pelampung tengellam.. bro sebelah suruh tegangkan tali.. yess mmg ada ikan makan.. setelah bertarung buat beberapa ketika.. ikan makin dekat di jeti.. ada brader tolong amik sauk... alhamdullilah x putus.. seekor jenahak 2 kilo plus2 dapat didaratkan.. terus memacing untill 10am namun rezekita that day only that fish alhamdullilah... then before balik upah org situ siang potong emapt upah dia rm2 je..

balik umah... bini tanya ikan ne nak wat balik ke.. kita kata tinggal je.. kt family adik ipar n mak mertua pun ade.. so ikan tu depa masak kari kepala ikan pastu balance depa nak buat kenduri raya.. by 12 tgh.. drive balik kb sampai dah 8++ mlm.. sekianlah cter beraya n memancing raya :)

Tuesday, August 11, 2009

Pengalaman Memancing

Tpt tpt terkini yg dah explore so far...

perairan kong kong, tanjung pengelih, 3 biji kola area sungai danga, 3 biji kolam sealion kt klang.. 1,2 n 3. sekitar pulau2 di langkawi... lubuk batu cendering marang... and candat sotong via marang.

tangkapan2 : . todak 1.2 kg talang 1kg.. jenahak 1.3 n 1.8 kg.. siakap 6.3 kg n 4.1 kg senang 2.3 kg yg lain2.. bawal putih sagar kerapu sembilang depu tamban selar papan jenahak oren etc etc

tangkapan yg terlepas.. ikan besq kt tanjung pengelih.. n beberapa kali sentapan kuat di kolam sealion 1, dah makan tp putus pun ade.

Thursday, February 26, 2009

Rahsia PARI

Rahsia PARI
Oleh : Pok Mud's : PANCING
http://www.geocities.com/fishing_book/pari.html

Apabila melihat pergerakan haiwan ini yang berenang di dalam air, ianya amat menarik dan mempersonakan. Walaupun warna badannya tidak seindah ikan batu karang yang berwarna warni, seni dan sifat yang dirniliki membuatkan ia mempunyai daya penarik tersendiri. Gerakan formasi bahagian sayap yang dibarisi tulang yang lembut membuatkan saya asyik memerhatikan haiwan ini berenang dan lupa bahawa saya adalah kaki pancing.

Berenang dengan alunan yang perlahan tanpa keupayaan memandang ke bawah atau rasa takut pada manusia dan sesetengahnya tak kisah kehadiran makhluk asing di sisinva. Paling besar saya lihat hidup di dalam air ialah ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, banyak pari terdampar di dasar yang kedalamannya sekitar 40 hingga 60 kaki seolah-olah sedang lena tidur. Sedikit kejutan membuatkan ia berenang melarikan diri.

Di dalam air, ianya nampak berenang secara perlahan-lahan tetapi apabila tersangkut pada mata kail pemancing, huuh.. berdesut perginya macain lipas kudung malah lenggok badan yang leper itu ketika cubaan untuk meloloskan diri dari pemancing boleh menewaskan tarian samba Ronaldo. Kebanyakan pari adalah penghuni air masin tapi bukan mustahil lagi pari boleh menyesuaikan diri mendiami air tawar seperti yang dilaporkan baru-baru ini di Sg. Jelai di kawasan pedalaman Pahang kira-kira 200 km dari laut. Saiz ini tidak begitu besar sekitar 2 hingga 4 kg sahaja tetapi memadai untuk memberi pertarungan hebat di hulu sungai yang diperkatakan tersebut.

Jaguh

Nama pari begitu menyerlah sejak akhir-akhir ini yang rata-rata menyapu bersih hadiah kemenangan setiap kali pertandingan memancing diadakan. Sama ada ia lebih banyak dari spesies ikan lain, saya tak pasti tetapi kewujudannya memang tak dinafikan. Saiz yang biasa diperolehi oleh pemancing sekitar 1 kg hingga 40 kg, ada juga pemancing pernah mendaratkan pari melebihi 100 kg dengan menggunakan joran. Inilah yang paling 'best' bila melihat joran melendut menyembah permukaan air apabila bertarung spesies yang berat. Tangkapan yang lebih dari itu kebanyakannya ditangkap dengan penggunaan rawai mata pari (sejenis rawai tanpa umpan) atau jaring.

Pari boleh membesar sehingga 3 meter lebar (pari helang) dan berat sukar dipastikan bergantung jenis keluarga pari tersebut. Ada yang menyatakan boleh mencapai 300 kg terutama pari paus atau pari kalok (manta ray) iaitu sejenis pari yang hanya memakan plankton di permukaan air. Jarang ditangkap oleh pemancing kecuali tersangkut secara tidak sengaja. Keluarga pari yang paling kecil lebih dikenali sebagai ketuka yang memang paling banyak terdapat di persisiran pantai negara kita.

Saya pernah melihat lebih sepuluh ekor pari yang purata berat hampir I00 kg setiap ekor ditangkap oleh nelayan pantai menggunakan rawai di Penyabong tidak lama dahulu. Jenis jagoan ini yang biasa digantung di depan meja hakim adalah dari jenis pari tanjung, rimau, beting, pasir, reben dan kadangkala si kecil ketuka pun tergantung bersama untuk beradu nasib bagi pihak pemancing. Begitu juga dengan yu pari atau nama popular yu kemejan (Shovelnose Ray / Guitar fish). Namun sukar untuk memastikan sama ada spesies ini adalah pari atau yu, tapi apa yang pasti setengah pari dan setengah yu.

Peralatan Untuk Menentang Pari

Kalau anda adalah kaki pancing yang gemar 'fighting' dan pertarungan sebenar, menggunakan joran adalah terbaik. Namun koyan (handline) tetap digemari pemancing berusia atau kampung yang jarang memberi lawan ini mendahului pada babak pertama. Koyan biasanya dikaitkan dengan tali kasar sehingga 200 paun sememangnya tiada masalah menaikkan pari dalam lingkungan 20 kg.

Penggunaan joran lebih bermakna kepada pemancing selain dapat merasa tentangan dan henjutan 'piring terbang' ini, kepakaran akan teruji apabila larian kencang 100 meter dimulai sebelum joran disentap. Permainan tentangan pari biasanya berlegar keliling bot / sampan atau kiri kanan jika di pantai. Tambahan pula jika 'piring terbang' ini melekap (landing), bertambahlah perit untuk mengepam. Tentang bab ini, rarnai pemancing putus asa atau mula 'boring' menunggu ia terbang semula lebih-lebih lagi jika berat melebihi 15 kg ke atas.

Macam-macam petua yang saya dengari seperti jatuhkan pemberat di bahagian kepala, letak joran di celah kangkang, guna tempurung jantan, bermain 'gitar', mencampakkan batu ladung bersama-sama dengan kain reja yang dicelup petrol dan entah apa-apa lagi. Pendapat saya, sesetengah dari pendapat tadi kurang logik dan sukar diterima terutama menggunakan petrol yang boleh mencemarkan air, Cara terbaik ialah sabar sebab banyak orang kata pemancing adalah jenis manusia yang penyabar. Biarkan pancing dan sabar menunggu umpan disentap. Jadi buktikanlah kepada orang ramai yang pendapat ini tak salah.

Bila pari melekap, air bukannya cetek untuk dicampakkan batu ladung di bahagian badan pari dan kita tak pasti posisi pari tersebut manakala main gitar, gegaran tali tak begitu ketara di penghujung tangsi. Sabar di sini bukan bermakna kita perlu tunggu sampai pari mengangkat bendera putih, pari adalah benda hidup dan ianya pasti akan bergerak. Jadi semasa ia melekap, pastikan 'drag' pada tahap yang sesuai, bagi sedikit tekanan dengan menarik tangsi supaya ia merasa kesakitan atau biarkan seketika, kemudian buat henjutan ringan untuk memeranjatkan pari, lama kelamaan nescaya ia akan terbang jua. Kaedah terbaik, jangan biarkan ia melekap di dasar semasa permulaan pertarungan, gunakan peralatan terutama joran dengan bijak untuk memujuk pari naik ke atas.

Joran yang sesuai ialah kelas menengah ke atas (medium action) 15 hingga 30 paun memadai. Perambut yang sesuai dari 40 paun ke atas, tanpa perambut dawai pun boleh. Kalau tak yakin, anda boleh gunakan tangsi yang lebih kasar. Saya pernah menaikkan pari 10 kg dengan tali 15 paun dengan joran aksi ringan (light action). Tapi kena juga setengah jam bertarung sebelum berjaya mendaratkan spesies bertulang lembut ini. Sahabat saya pernah berputih mata apabila seekor pari melarikan umpannya.

Malangnya, joran dan kekili yang digunakan hanya sesuai untuk pancing gelama tidak dapat menahan larian pari hingga joran terbenam ke permukaan air. Tali berkekuatan 12 paun putus sekelip mata. Terlepas peluang beliau untuk mengisi 10 tempat terbaik di Pertandingan Memancing Pelabuhan Klang yang diadakan baru-baru ini.

Permainan Si Pari

Pari bukan satu nama asing bagi pemancing di negara kita. la boleh dijumpai di kebanyakan tempat di Semenanjung, suka mendiami kawasan berpasir (kecuali jenis-jenis tertentu), mencari makanan di dasar muara, pantai dan juga terdapat di kawasan sekitar batu karang. Jaguh yang banyak menjadi mangsa pemancing ini lebih agresif pada waktu malam terutama mereka yang mengunakan umpan sotong cumit, kurita dan udang hidup. Mungkin kerana ia senang memburu makanan pada waktu malam terutama sotong cumit dan kurita yang lebih banyak muncul ketika matahari mula terbenam. Sebab itulah mungkin kebanyakan pari yang saya temui di dasar pada waktu siang kelihatan sedang berehat dan dibuai mimpi ngeri yang bakal ditempuhinya pada malam hari.

Walau bagaimanapun, ia tetap berselera pada siang hari terutama semasa pertukaran arus tejadi. Yang pasti, tiada waktu yang tepat dan masa ia mengisi perut boleh dikatakan sepanjang hari. Kalau anda ingin memburu pari, kelebihan adalah tetap pada waktu malam. Memancing pari, anda harus rajin menunggu dan jangan cepat jemu. Gunakan umpan udang atau sotong cumit yang lebih kurang sejengkal panjang jika kepingin merasa keperitan bertarung jaguh terbang ini. Tapi kena tahan kesejukan angin laut dan berembun hingga ke pagi.

Kawasan berpasir atau benteng adalah tempat yang terbaik menunggu spesies ini selain di kuala atau muara sungai. Perambut jangan terlalu pendek dan pastikan umpan dilabuh ke dasar kerana pari tak mungkin menyambar di atas air. Jangan tertipu dengan permainan pari yang selalu 'offside' iaitu suka membuat kejutan pada peringkat awal. Jika sistem tegangan terlalu ketat, kemungkinan ia rabut atau putus tali. Ramai yang gopoh apabila pancing dilarikan oleh pari, sibuk membetulkan 'drag' yang longgar sehingga memberi ruang pari untuk membuat pendaratan cemas di dasar.

Begitu juga dengan pari yang makan memerap, tarikan dapat dirasakan apabila pemancing hendak menggulung tali. Dalam situasi begini, biasanya mata kail sudah tertelan jauh ke dalam perut dan sukar untuk pari melepaskan diri. Razak, 'member' memancing saya yang paling lama pernah menaikkan pari seberat 10kg tidak sampai 5 minit tidak lama dahulu. Mungkin air tidak berapa dalam, lebih kurang 15 meter, tapi beliau langsung tidak memberi peluang pada larian pertama dan terus mengepam tanpa rasa ragu-ragu dengan Daiwa Sealine berkekuatan tali Berkley 20 paun.

Pari yang rata-ratanya berbadan leper, berbentuk bulat, muncung yang lembut, mulut di bahagian bawah, berekor panjang dan mempunyai sengat di tengah ekor sama ada satu atau dua duri yang bisa, dan ada juga berbentuk seperti ikan dan burung helang. Berkepala pari dan berbadan ikan digelar yu kemejan, manakala spesies yang mempunyai dua ruas badan dikenali sebagai pari serban atau pari karas (electric ray). Pari jenis ini dikatakan dapat menghasilkan tenaga elektrik sehingga 100 volt yang digunakan untuk melemahkan mangsa sebelum memakannya.

Spesies ini yang bersaiz maksimum sehingga 60cm dikatakan dapat menjana kejutan elektrik sehingga 200, volt. Jad berhati-hatilah dengan spesies yang mempunyai bahagian ekor yang agak besar berbanding dengan jenis pari yang lain. Saya tak pernah kena sengat pari dan tak ingin mencuba menikmati sengatan tersebut. Kalau ingin kepastian tanyalah pada mereka yang dah merasa kehangatan tusukan duri tajam spesies ini. Sekarang ini ramai yang gemar bergambar dengan hasil tangkapan, lebih baik keluarkan atau potong dahulu sengat dan barulah boleh bergambar sakan. Jangan cuba bergurau dengan pari terutama yang masih bersengat.

Apa Nak Buat

Pari benar-benar tertewas atau letih apabila ia timbul di permukaan dengan keadaan terbalik. Namun untuk mengelakkan kehilangannya di saat-saat akhir, pencangkuk (gaff) adalah peralatan terakhir untuk menaikkan 'piring terbang' ini kerana pada amnya, ia masih ada lagi stok tenaga yang bakal digunakan di saat akhir. Kalau tak ada alat ini, pegang bahagian di kedua-dua belah mata sebagai alternatif tapi teknik hanya untuk pemancing yang berpengalaman dan berani ambil risiko. Badan pari yang lembut terutama bahagian sebelah bawah adalah sesuai dicangkuk selain bahagian mulut dan mata.

Memperolehi pari yang besar di awal trip memancing akan mendatangkan masalah terutama apabila kotak ikan yang dibawa terlalu kecil untuk dimuatkan. Trip memancing dengan bot nelayan mungkin tidak menjadi masalah. Kalau nak simpan dalam kotak yang kecil terpaksalah dipotong. Balik rumah tak payah lagi nak potong-potong. Sewaktu mula-mula memancing di sekitar Pelabuhan Klang dahulu, masa bujang saya dan Razak jarang mengainbil pari walaupun saiz sehingga 10 kg. Biasanya kami lepaskan kembali kerana tidak tahu apa yang nak dibuat dengan pari tersebut.

Sekarang ini apabila merasa keenakan pari bakar dicicah dengan air asam, hmmm... hingga tulang-tulangnya yang lembut disapu sekali. Sekali-sekala mesti turun memancing pari. Namun bukan semua 9 keluarga pari ini sedap dan enak dimasak, yang kecil pulangkan balik ke tempat asalnya. Ada juga yang jarang-jarang dapat dipancing seperti pari helang (eagle ray) yang anda boleh lihat dalam iklan tv dan pari kelawar (butterfly ray). Begitu juga dengan satu lagi spesies yang menjadi sahabat para penyelam iaitu pari paus (manta ray) yang jarang terdapat di negara kita.

Tuesday, February 24, 2009

My Favorite Fishing Port : Kemasin


Why ? Far from beach, berangin,adventure batu batu, many kinds of fish : pari,siakap merah,siakap putih,kekacang,gelama,nipis,sembilang,tanda.. dpt x dpt depend kpd rezeki n usaha :)